Sedar atau tidak kita selalunya tidak gembira dengan apa yang kita ada? Apabila kita lihat kawan kita pandai, kita rasa bodoh sebab kita tidak sepandai dia. Bila kita lihat orang ada handphone baru, kita mula lihat handphone kita buruk. Bila kita lihat orang dapat memakai pakaian berjenama, kita mula benci dengan pakaian-pakaian biasa yang kita ada. Akibatnya, kita mula rasa tertekan, resah, gelisah dan tidak gembira. Masalahnya, apabila kita mula rasa begini, perkara-perkara yang menggembirakan tidak akan datang lagi menghiasi hidup kita.
Mulai hari ini, apabila anda lihat sesuatu yang anda tidak ada, jangan bersedih atau bersusah hati. Anda boleh dapat apa sahaja yang anda mahukan jika kena caranya. Jika selama ini anda selalu menghadapi masalah murung, muram dan bersedih sepanjang masa, fikirkan sama ada ini sebabnya.
Jika benar ini sebabnya, alihkan tumpuan minda anda kepada sesuatu yang boleh membuat anda gembira. Mulai hari ini, fikirkan sebanyak mungkin perkara yang membuat anda bersyukur dan gembira. Anda ada makanan dan minuman mencukupi setiap hari, bersyukurlah….bergembiralah…… ada handphone yang sudah berusia lima tahun, bersyukurlah….bergembiralah kerana ramai lagi orang yang tidak mampu memiliki handphone di dunia ini.
Apa yang anda perlu ingat, jika anda asyik berfikir dan fokus kepada apa yang anda tidak ada, anda akan pasti sentiasa hidup dalam kesedihan dan kedukaan.
No comments:
Post a Comment