Menurut Zuraidah Abdul Rahman 2001, terdapat empat fungsi dan peranan PRS dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah iaitu :
1. Sebagai rakan yang berkesan dan sebagai sumber tidak formal untuk rakan sebaya mencurahkan perasaan mereka. Misalnya menjadi sahabat baik, pembantu pelajar, tutor sebaya, mentor sebaya dan kakak atau abang angkat.
2. Sebagai pembantu kepada kaunselor untuk mengenal pasti masalah supaya program pencegahan boleh dilaksanakan.
3. Sebagai pengumpul maklumat tentang keperluan semasa pelajar seperti mendapatkan maklumat kerjaya,, institusi pengajian tinggi, biasiswa, peluang pekerjaan dan isu semasa serta menyebarkannya. Disamping itu PRS juga memainkan peranan sebagai penggerak kepada projek membantu yang dipilih dan dipersetujui oleh sekolah /kolej seperti projek mencantikan alam sekitar, projek tutor sebaya dan beberapa projek yang membantu dalam sekolah dan komuniti.
4. Sebagai jambatan penghubung kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam memujuk rakan yang menghadapi masalah rumit datang bertemu dengan kaunselor.
Disamping itu PRS juga memainkan peranan sebagai rol model dalam situasi bilik darjah terutama dalam aspek komunikasi berkesan, tingkah laku, kemahiran asas akademik dan sosial serta bermain secara kreatif (Hoffman, 1976, Edwards, 1976 strom & Engelbrecht, 1974). Dalam kajian yang telah dilakukan, terbukti mereka menjadi role model yang berkesan kepada rakan sebaya.
Dibawah ini adalah senarai apa yang boleh dilakukan oleh PRS dan yang tidak boleh dilakukan :
Boleh Dilakukan oleh PRS
A. Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati
B. Menerima rakan dengan terbuka tanpa mengukur atau menghukum
C. Mendengar, menjelas, membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan
D. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif
E. Mematuhi etika kerahsiaan
F. Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi dan bukan semua orang ingin dirinya dibantu
G. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah seharian yang biasa
H. Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalaman.
I. Merujuk kes-kes yang berat kepada kaunselor dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu kaunselor atau orang yang lebih arif
J. Menjalankan projek membantu sambil memperbaharui rakan lain supaya melibatkan diri
K. Tidak mengambil kesempatan ke atas rakan yang memerlukan bantuan
Tidak Boleh Dilakukan oleh PRS
A. Mengawal, berkhutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
B. Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka
C. Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian supaya diikut oleh rakan
D. Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.
E. Bercerita dengan orang lain
F. Mengharap semua persoalan dan masalah boleh diatasi dengan segera
G Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi yang mendalam
H. Bertindak menyelesaikan masalah rakan
I. Menghadapi sendiri masalah rakan yang meruncing sehingga menggangu ketenteraman jiwa.
J Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain
K. Menggunakan kelemahan rakan untuk kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment